Wednesday, December 14, 2011

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT

Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
1. Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
2. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
3. Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
4. Warga emas sebatang kara

Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM. 

(Cara ringkas atau atau prosedur untuk mohon bantuan isi rumah RM500 ini adalah seperti dibawah :




  1. Dapatkan borang bantuan isi rumah di pejabat LHDN terdekat atau boleh download di sini. 
  2. Isi borang dan hantar ke pejabat LHDN yang berhampiran.
  3. Tunggu jawapan anda sama ada permohonan itu berjaya atau pun tidak.
  4. Wang bantuan isi rumah akan di kreditkan melalui bank terpilih mulai Januari 2012 jika berjaya.)

Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

Sumber - Kementerian Kewangan Malaysia (30 November 2011)


DOWNLOAD BORANG DI SINI SEKARANG (Fail jenis .pdf)
KLIK SINI DOWNLOAD BORANG

Jika gagal buka fail telah download, 
sila download perisian dokumen yang menyokong jenis fail .pdf di sini.
KLIK SINI DOWNLOAD ADOBE READER